Saturday 27 October 2012

Resepi : Yogurt Diet

Assalamualaikum

Lamanya aku tak update blog ni kan. Sebelum tu, Selamat Hari Raya AidilAdha Semua. Mesti banyak daging korban yang korang semua dapat kan. Aku ni dah sampai muak lah. Tak tau dah nak masak apa. Semua dah try buat termasuk rebus, bakar, goreng and seangkatan dengannya....hahahaha... Ok lah, hari ni aku nak kongsi resepi diet yang seimbang untuk korang semua dan aku dapat resepi ni pun dari pengasas Taska / Tadika / Sekolah Islam ADNI. 


Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hihihi hari ni hamba ingin berkongsi dengan tuan hamba semua 1 menu diet yang seimbang dan sangat berkhasiat. How to make a simple yogurt


 : Bahan-Bahan :

Yogurt Asli  [ contoh yogurt korang tengok kat bawah tau ]
Susu Kambing jenis powder  [ 3-5 sudu je. Kalau boleh yang tak da gula tau. Kalau susah nak cari sangat korang try guna susu biasa...tapi rasa nikmat yogurt tu tak sama lah ]
Air Mineral
Periuk Kaca Kalis Api  [ jangan guna periuk logam tau. Nanti tak jadi lah menu diet ]
Guna Senduk Kayu / Plastik ja!!!


contoh Yogurt Asli 



: Cara-Cara :

1)  Bancuh susu dengan air mineral dalam periuk kaca kalis api. Panaskan atas API BIRU YANG SANGAT KECIL . Pastikan jangan sampai mendidih, cukup sekadar panas sahaja. 

2)  Dah agak panas korang tutup api then masukkan yogurt. Kemudian kacau dengan senduk sehingga sebati. Ingat, senduk kayu / plastik ja tau.

3)  Keluarkan dan letak atas meja. Kemudian ambil towel besar and tutup periuk tadi dalam 7-8 jam. 

4)  After 7-8 jam, korang akan nampak yogurt tadi macam pekat2. Then korang tambahlah madu. Nak lagi sedap korang letak lah kismis ke, pisang ke, kurma ke kat dalam yogurt tu. 

5)  Last, korang simpan dalam peti ais. [ yogurt sejuk2 baru sedap makan ]. 



Senang je kan??? Simple, Berkhasiat dan Jimat Duit (tu yang paling penting). Cuma kena beli yogurt dan susu ja.... Mudah sangat-sangat lah. Kaum lelaki pun boleh buat ini kan kaum perempuan. Betul tak??? 


Hehehe... Ok lah, Selamat Mencuba Ya.....


Salam

Thursday 11 October 2012

Halfest

Assalamualaikum

Petang tadi lepas kerja aku terus pergi ke PWTC. Kat sana ada pameran Halfest. Lepas je aku register, aku terus masuk kat pintu gerbang dewan tu. Semangat betul nak masuk dalam tu sebab semua barang-barang dalam tu best-best belako and mejoriti peniaga kat situ semuanya Islam. So, secara automatik nya semua barang-barang dalam tu ditanggung and dipercayai HALAL hehehe... panjang pula aku ni membebel kan. Dah macam mak nenek pl.


Ekspo Halfest ni ekspo Halal terbesar di Malaysia. Tak silap aku, tadi aku ada tengok senarai peniaga produk halal yang ada dalam ekspo tu. Ada lebih kurang 198 company yang join ekspo Halfest ni. Memang banyak and penat juga lah berjalan dalam tu. Semua ada..... Dari barang basah sehinggalah barangan kesihatan. Bukan tu saja, ada jualan baju and tudung. Semua ada lah... Banyak juga aku beli tadi tapi lebih kepada barang dapur lah (barang makan) hehehe...kuat makan lah katakan tapi badan tak besaq-besaq juga.


Ekspo Halfest bermula dari 10hb-14hb Oktober. So untuk korang yang duduk jauh dari KL boleh datang time cuti. Bawa satu family jalan-jalan kat cini. Memang best and menarik lah. Murah lak tu. Contohnya pau kan, kalau beli kat luar rm12 (1 paket besar), beli kat Halfest ni rm8 ja. Murah kan?? Memang tak rugi datang cini. Time opening aku tak berapa sure. Rasanya jam 9 pagi tapi ekspo ni tutup jam 9.00 malam. Untuk last day pula tutup awal sikit, dalam jam 7 malam. Apa lagi mai lah cini ramai-ramai...heheheh :)


ni antara barang yang aku beli tadi


kopi radik-mai secawan...hehehe





Sorry picture kurang menarik sebab guna kamera hf ja. Baju pun tak tukaq lagi...Baru balik dari kerja. hihihi :)

Monday 24 September 2012

Study Study Study

Assalamualaikum

"Apa khabar mu disana...lama sudah tak berjumpa...." hahahaha ceeewwwaahhhh...... menyanyi pula aku malam-malam ni kan. hehehe... (ambil mood nak buat assignment). Malam ni aku nak story-story sikit apa aktiviti aku sepanjang bulan September ni. Kalau korang baca title aku kat atas tu pun korang dah boleh agak apa aktiviti aku kan. Selain dari kerja mencari rezeki untuk aku and family, aku juga seorang pelajar part time. Biasa lah dulu lepas diploma aku terus dapat kerja. So abah kata kerja lah. Sayang kalau tak terima kerja tu. Kerja dah ok. Sekarang ekonomi kewangan aku dah stabil, aku sambung lah niat aku nak belajar. Tu yang jadi pelajar PJJ ni. 


So, ringkas-ringkaskan cerita, sabtu lalu aku masuk 1st kelas aku dengan penuh semangat RAYA. Mana tak nya mood raya tak habis lagi kot. hehehe.... Masuk je kelas pertama aku dah dapat tugasan and yang paling tak best assignment tu nak kena submit hujung bulan ni. Memang serabut lah otak aku ni. Dah la mood raya masih bersinar-sinar kat mata aku. hahaha...


Sekarang aku baru sem 3. Aku belajar dalam bidang Sains Pembangunan Manusia. Ada lah related dengan kerja aku sekarang. Walaupun kerja aku ni lebih kepada kanak-kanak dan masyarakat, aku tak kisah. Aku suka sangat dengan kerja aku sekarang. Eh, tetiba masuk bab keja pula. Dah melalut ni. hehehe... 


K lah, mood study dah datang ni. Nanti senang-senang aku update blog aku ni lagi.


 - ADIOS -


- S E L A M A T . M A L A M . S E M U A -



ni pic kat UPM



UPM lagi..hehehe...memang cantik  :)


Tuesday 11 September 2012

Anak Melayu & Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah Universiti Oxford

Assalamualaikum

Subhanallah..... Alhamdulillah...... Tak terkata dan bangga sangat aku sebagai ummat seagama and sekaum dengan hamba Allah ni... Ya Allah..... Tuhan saja yang tau betapa BANGGA NYA AKU!!!! Aku rasa korang pun sama juga. Hamba Allah yang aku katakan ni ialah Dr. Muhammad Afifi al-Akiti. Sebut je nama dia mesti korang dah tau tentang diri hamba Allah ni kan :)





Mai aku nak cita sikit pasal diri hamba Allah ni. Nama beliau, Dr. Muhammad Afifi al-Akiti. Beliau merupakan anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti terkemuka dunia, iaitu Oxford. Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM


Beliau juga dikenali sebagai Sheikh Afifi yang merupakan salah seorang Felo Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom. Dr. Muhammad Afifi ini juga merupakan Felo Pensyarah di Worcester College, Oxford. 


Beliau merupakan bangsa Melayu, beragama Islam and  Rakyat Malaysia pertama yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.


Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan di bawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada Teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali pada (d. 505/1111) . Penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab Zaman Pertengahan (medieval).  Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.


Dr al-Akiti yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulamak Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang Teologi Islam, Falsafah dan Sains.


Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu Pendidikan Islam.
Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.


Banyak kan beliau punya sumbangan...Tak terkira lah....Dah la muda... Penuh ilmu di dada. Aku ada baca dalam blog-blog rakan-rakan yang lain tentang Dr al-Akiti yang menyatakan bahawa beliau juga mampu menguasai & bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman and Yunani. WOW! Betul-betul kagum aku dengan beliau. 


Sumber : email/wikipedia 

Tuesday 4 September 2012

Adam Hawa :)

Assalamualaikum

Lamanya aku tak buka blog aku ni. Bz sangat sampai tak sempat nak ucap Salam Raya untuk korang semua kan? hehehe aku rasa tak la lambat sangat untuk aku ucapkan 

S E L A M A T . H A R I . R A Y A . and  
H A P P Y . M E R D E K A . D A Y .  :)
S E M U A ! ! ! !

Nak cita sikit pasal raya aku tahun ni. Aku bz teramat sangat sebagai anak dara Pak Zaidon and Mak Norhan hehe... Biasa lah nama pun anak dara kan, so duduk lah kat cerok dapoq untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anak pompuan pasangan ni. Sibuk sangat kat dapoq sampai tak sempat nak snap pic raya untuk tahun ni... Sedih juga lah tapi aku tak kisah sangat pun, janji dapat beraya dengan family, tu pun dah kira bagus and seronok sangat. 

OK! Stop cita pasal raya. Now nak cita pasal drama bersiri  ADAM HAWA  yang rancak disiarkan kat Astro Mustika, setiap Isnin - Khamis, Jam 10 malam. Drama ni memang best gila sebabnya drama ni asalnya daripada cerita sebuah novel. Tapi aku lupa lah nama pengarang novel tu.... Yang pasti nama tajuk novel tu sama dengan tajuk cita ni... "ADAM HAWA". Aku tak baca pun novel dia sebab aku ni memang tak minat membaca novel. Tapi bak kata sorang akak kat tempat keja aku ni 


" MEMANG TERBAIK LAH CITA NI PIJA!! RUGI TAK TENGOK. SEKALI TENGOK MESTI NAK TENGOK LAGI. " hehehehe....


Sebenarnya aku minat sangat tengok cita ni sebab ada Hero Idaman aku. Sapa lagi kalau bukan Aaron Aziz! hehehe....  Pelakon wanita pula Nadia Nisaa. Seorang pendatang baru yang kian meningkat naik tapi kan, Nadia Nisaa ni sebenarnya dah lama berlakon. Baru sekarang dia muncul balik. Yang lagi BEST is Lagu Tema dalam drama ni. Siti Nurhaliza & Hafiz yang nyanyikan. Memang berhantu lah lagu ni. Dengaq sekali mesti nak dengaq lagi. 




Hensom gilaaaa Aaron pakai uniform pilot....hehe... 


Korang try lah layan lagu tema drama ADAM HAWA ni. Kalau korang tak pernah dengaq lagi lagu tema drama ni, mai aku bagi dengaq. 


sumber ilham lagu ni dari You Tube. Lepas ni korang boleh lah download...heheh memang  TERBAIK!!!
S A L A M  :)

Monday 13 August 2012

2 Orang Anak Kandung Enggan Mengurus Jenazah Bapa Mereka

Assalamualaikum

Tak sampai 2 minggu aku pos kan cerita pasal 12 orang kembar, ada pula lagi aku cerita yang menyedihkan aku yang berlaku di Johor. Kisah 2 orang anak yang enggan uruskan jenazah bapa kandung mereka sendiri. Astaqfillahhala'zim.......nak nangis rasa aku baca kisah benar ni. Korang tolonglah baca kisah ni.

JOHOR BAHRU: Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.

“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.

“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam. Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.

“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya. Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.

Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.

“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya. Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace Motor.

Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar. Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya.

Kawan-kawan ku sekalian, aku harap korang jangan lah tergolong dalam golongan anak-anak derhaka seperti meraka. Mudah-mudahan roh warga emas tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman...Amin....Al-fatihah :(








Saturday 11 August 2012

Lailatul Qodar

Assalamualaikum

Salam semua. Tinggal lagi 1 minggu kita nak Raya kan? Persiapan semua dah siap ke? hehehe mesti dah kan coz tak sabaq nak sambut Bulan Syawal. Shopping, shopping juga tau tapi jangan sampai boros pula. Beli mana yang perlu ja (pesanan ringkas dari mak aku...hehehe). Topic ari ni aku nak kongsi tentang MALAM LAILATUL QODAR. K'orang mesti penah dengaq kan? Nak kata aku tau banyak sangat tentang malam ni tak juga. Aku pun dapat info dari blog2 orang lain juga. Malam Lailatul Qodar ni merupakan malam 1000 bulan bagi Umat Islam. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin sebabnya malam ni lah kita sebagai Umat Islam dapat tengok kebesaran Allah S.W.T. Malam Lailatul Qodar ni juga semua para Malaikat turun ke bumi menjalankan tugas mereka.


TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QODAR
1) Pada malam Lailatul Qodar keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
2) Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
3) Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
4) Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
5) Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita. 
6) Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
7) Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
8) Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul




Aku harap info yang aku sampaikan hari ni dapat membantu k'orang semua tentang Lailatul Qodar. Walaupun tak banyak yang aku kongsi hope k'orang dapat manfaat. :)

Monday 6 August 2012

Sambal Hitam Pahang

                                                                   Assalamualaikum

Genap 17 Ramadhan aku menjalani ibadah puasa tahun ni. Dari 1st puasa sampai lah sekarang mesti banyak juadah yang korang semua dah masak and dah rasa kan? Aku pun macam korang juga tapi minggu lepas bila aku baca Majalah Wanita aku ada nampak resepi SAMBAL HITAM. Ni masakan orang Pahang. Before ni pun aku dah pernah rasa. Someone masakkan untuk aku. Memang sedap sehingga menjilat jari. So, aku dah cuba test masak sambal ni. Nak kata perfect sangat tak da lah sangat tapi boleh lah macam orang bujang macam aku ni kan....hehehe...So untuk korang semua, selamat mencuba ye.


Bahan2 
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi [ikut k'org lah, nk pedas letak banyak]
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Belimbing ni Tau.. hahaha :)


Cara Membuatnya
1. Belimbing direbus hingga kering atau kehitaman, perlu selalu dibalik-balikkan sebab takut hangit dan melekat.
2. Bawang merah, bawang putih dan cili padi ditumbuk halus. Ikan bilis ditumbuk kasar [terpulang masing-masing, boleh juga ditumbuk halus]
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk.
4. Kemudian masukkan belimbing.
5. Masak hingga kering dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Perlu selalu dikacau macam buat serunding
7. Last dah boleh makan...hehehe :)

Sambal Hitam Siap!!! hehe...


Selamat mencuba...memang sedap sehingga menjilat jari...heheh :)

Wednesday 1 August 2012

Ibu di China yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!

                                                                  Assalamualaikum

Bulan Ramadhan yang bermakna ni telah mengejutkan aku dengan berita yang berlaku di China. Masa aku baca berita ni memang tak berenti mulut aku istikfar. Sedih and rasa nak nangis pun ada. Mana tak nya punya susah si ibu mengandung selama 9 bulan dan senang-senang je pihak tersebut nak buang bayi tu. Korang baca lah sendiri kisah ni kalau nak tau lebih lanjut.

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Aku harap di sebalik kisah benar ni dapat insafkan hati kaum Adam & Hawa di luar sana betapa beharganya harta yang Allah bagi untuk kita. Amin.....

Sumber : jom berita

Saturday 21 July 2012

Ramadhan Datang Lagi

                                                                  Assalamualaikum

Ramadhan datang lagi!!! Semua Umat Islam menantikan bulan yang barakah ni. Aku pun macam korang juga. Suka yang teramat sangat bila bulan ni tiba. Ustaz aku kata bulan ni bulan RAHMAT. Bulan segala bulan. Sebab bulan Ramadhan ni bulan yang melatih aku and korang semua untuk bersabar, melatih kita mendisiplinkan diri, menguji kesabaran kita sebagai umat-Nya. Bulan Ramadhan ni juga banyak sangat kelebihan and kebaikkan. 



KEBAIKKAN AND KELEBIHAN RAMADHAN

1. Diampunkan Segala Dosa-Dosa Yang Lalu 
2. Dijauhkan Dari Api Neraka
3. Mendapat 2 Kegembiraan "apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya."
4. Pintu Syurga Dibuka Manakala Pintu Neraka Ditutup 
5. Pahala Berpuasa Berlipat Kali Ganda


Ada banyak lagi kelebihan bulan Ramadhan ni. Ada masa aku tulis lagi apa yang menarik di bulan Ramadhan ni k. Untuk korang semua aku sertakan picture kartun ni. Comey kan?? hehehehe....., Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. 

Thursday 12 July 2012

Adat Lafaz Sakinah

                                                                   Assalamualaikum

Hari ni aku nak cita pasal ADAT LAFAZ SAKINAH. Korang pernah dengar tak tentang adat nikah ni? Aku 1st time dengar and tau. Tu pun sebab aku dok baca blog sorg girl ni irinenadia and now dia dah jad isteri orang. So, guy kat luar sana jangan nak gatal2 dengan dia k..hehehe.... 
                                         
Cakap tentang adat lafaz sakinah ni setahu aku lah kan adat ni dilafazkan oleh ibu si pengantin perempuan dan pengantin perempuan tu sendiri. Maksud lafaz sakinah ni ialah proses penyerahan anak perempuan kepada lelaki yang bakal jadi suami kepada anak perempuan mereka. Lafaz ni berlaku selepas si lelaki dan si perempuan sah bergelar suami isteri means that selepas akad nikah dijalankan. Orang kata adat lafaz sakinah ni adat bagi orang Melaka and Johor je. Aku pun tak pasti sangat sebenarnya. Kalau korang tau korang bagi tau lah aku, tapi kalau untuk negeri Kedah memang tak da adat sakinah ni. hehehe.... 

Best kan dapat tau semua jenis adat-adat nikah bagi setiap negeri. Lain negeri lain adat nya. Kalau korang ada tau adat-adat yang menarik kat negeri korang, korang komen lah kat blog aku ni tau...Boleh dapat ilmu and input sikit sebanyak tentang negeri-negeri kat Malaysia ni. Pa pe pun setiap adat yang dilaksanakan mempunyai keunikkan yang tersendiri kan? Tak gitu??? hehe :) 

Monday 9 July 2012

Hafizah Zaidon

                                                              Assalamualaikum


My name is Hafizah Zaidon. Aku 1st time tulis blog. Sebenarnya aku ni tak minat sangat menulis blog ni. Aku lebih suka baca blog orang. Disebabkan dorongan dari sorg sis ni (tq kak aisah), so aku mula tubuhkan blog aku sendiri. Ala...tulis kosong2 ja..hehe.... I'm 25 years and actually aku bukan lah penulis blog yang tegar..hanya suka2 je. Selain minat membaca blog2 orang, aku minat travel and kereta2 lama contohnya macam mini cooper lama tu...hehe... dan yang paling penting aku ni minat sangat dengan kamera. Apa orang kata "pantang tengok kamera lah" mesti nk pose je...hahaha..mcm syok sendiri.



                                                               with lovely mini cooper


Tadi aku ada cakap yang aku minat baca blog orang kan. Salah satu blogger faverote aku ni cik adik manis F A T I N  L I Y A N A. Korg semua mesti kenal gila-gila dengan girl comey ni kan?? Apa yang aku suka sangat baca blog gadis ni sebab dalam blog dia banyak cita pasal travel, makan dan fesyen. Tu semua minat aku. Tapi yang paling aku minat photografer and travel. Aku suka sangat bila dia cita pasal dia p Koria. Best siot...jeles gila aku baca cita dia p sana..hehe...aku memang nak sangat jejak kaki kat sana. 



                                                 ni pic dia masa p koria..comey kan :)

Ok lah, ni story untuk permulaan aku tulis blog. So, salam perkenalan untuk korg yg baru baca blog aku ni. :)  Adios....