Monday 13 August 2012

2 Orang Anak Kandung Enggan Mengurus Jenazah Bapa Mereka

Assalamualaikum

Tak sampai 2 minggu aku pos kan cerita pasal 12 orang kembar, ada pula lagi aku cerita yang menyedihkan aku yang berlaku di Johor. Kisah 2 orang anak yang enggan uruskan jenazah bapa kandung mereka sendiri. Astaqfillahhala'zim.......nak nangis rasa aku baca kisah benar ni. Korang tolonglah baca kisah ni.

JOHOR BAHRU: Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.

“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.

“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam. Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.

“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya. Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.

Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.

“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya. Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace Motor.

Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar. Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya.

Kawan-kawan ku sekalian, aku harap korang jangan lah tergolong dalam golongan anak-anak derhaka seperti meraka. Mudah-mudahan roh warga emas tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman...Amin....Al-fatihah :(








Saturday 11 August 2012

Lailatul Qodar

Assalamualaikum

Salam semua. Tinggal lagi 1 minggu kita nak Raya kan? Persiapan semua dah siap ke? hehehe mesti dah kan coz tak sabaq nak sambut Bulan Syawal. Shopping, shopping juga tau tapi jangan sampai boros pula. Beli mana yang perlu ja (pesanan ringkas dari mak aku...hehehe). Topic ari ni aku nak kongsi tentang MALAM LAILATUL QODAR. K'orang mesti penah dengaq kan? Nak kata aku tau banyak sangat tentang malam ni tak juga. Aku pun dapat info dari blog2 orang lain juga. Malam Lailatul Qodar ni merupakan malam 1000 bulan bagi Umat Islam. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin sebabnya malam ni lah kita sebagai Umat Islam dapat tengok kebesaran Allah S.W.T. Malam Lailatul Qodar ni juga semua para Malaikat turun ke bumi menjalankan tugas mereka.


TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QODAR
1) Pada malam Lailatul Qodar keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
2) Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
3) Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
4) Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
5) Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita. 
6) Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
7) Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
8) Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul




Aku harap info yang aku sampaikan hari ni dapat membantu k'orang semua tentang Lailatul Qodar. Walaupun tak banyak yang aku kongsi hope k'orang dapat manfaat. :)

Monday 6 August 2012

Sambal Hitam Pahang

                                                                   Assalamualaikum

Genap 17 Ramadhan aku menjalani ibadah puasa tahun ni. Dari 1st puasa sampai lah sekarang mesti banyak juadah yang korang semua dah masak and dah rasa kan? Aku pun macam korang juga tapi minggu lepas bila aku baca Majalah Wanita aku ada nampak resepi SAMBAL HITAM. Ni masakan orang Pahang. Before ni pun aku dah pernah rasa. Someone masakkan untuk aku. Memang sedap sehingga menjilat jari. So, aku dah cuba test masak sambal ni. Nak kata perfect sangat tak da lah sangat tapi boleh lah macam orang bujang macam aku ni kan....hehehe...So untuk korang semua, selamat mencuba ye.


Bahan2 
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi [ikut k'org lah, nk pedas letak banyak]
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Belimbing ni Tau.. hahaha :)


Cara Membuatnya
1. Belimbing direbus hingga kering atau kehitaman, perlu selalu dibalik-balikkan sebab takut hangit dan melekat.
2. Bawang merah, bawang putih dan cili padi ditumbuk halus. Ikan bilis ditumbuk kasar [terpulang masing-masing, boleh juga ditumbuk halus]
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk.
4. Kemudian masukkan belimbing.
5. Masak hingga kering dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Perlu selalu dikacau macam buat serunding
7. Last dah boleh makan...hehehe :)

Sambal Hitam Siap!!! hehe...


Selamat mencuba...memang sedap sehingga menjilat jari...heheh :)

Wednesday 1 August 2012

Ibu di China yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!

                                                                  Assalamualaikum

Bulan Ramadhan yang bermakna ni telah mengejutkan aku dengan berita yang berlaku di China. Masa aku baca berita ni memang tak berenti mulut aku istikfar. Sedih and rasa nak nangis pun ada. Mana tak nya punya susah si ibu mengandung selama 9 bulan dan senang-senang je pihak tersebut nak buang bayi tu. Korang baca lah sendiri kisah ni kalau nak tau lebih lanjut.

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Aku harap di sebalik kisah benar ni dapat insafkan hati kaum Adam & Hawa di luar sana betapa beharganya harta yang Allah bagi untuk kita. Amin.....

Sumber : jom berita