Saturday 18 May 2013

Frust Lah

 Assalamualaikum

Kawan, hari ni aku frust betul lah dengan sorang lelaki ni. 
Aku minat gila dengan dia. Dari dulu sampai sekarang aku minat gila dengan dia. Mana tak nya, muka dia macam Johnny Depp. hehehehe....Aku sebenarnya minat gila dengan sorang pelakon lelaki ni. Nama dia Izzue Islam. Aku mula tengok dia berlakon dalam drama Cita & Cinta. Start drama tu lah aku memang minat dia. Tapi hari ni kecewa gila bila tengok tv tadi. Dia cakap dia dah nak kawin....Aduihhhhh.... frust menonggeng cek.... 
Hahaha...lebih-lebih pula aku ni kan. 



sama kan muka d'orang



Yang terbaru aku tengok drama lakonan dia is drama Bunga Merah Punya and drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Memang terbaik dua-dua tapi drama Bunga Merah Punya dah habis coz cuma ada 13 episod je.Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia still ada lagi setiap hari jumaat. Memang terbaik dua-dua drama ni. Aku memang layan lah walaupun aku susah nak tengok tv. hehehe.... Lagu-lagu dalam drama ni pun best. Aku ada attach kat bawah ni. Nanti korang dengar lah ye.



ni drama Bunga Merah Punya



ni pula drama Sebenarnya Saya Isteri Dia



"Angin Malam" layan....hehehe.....




Wednesday 8 May 2013

Jom Jalan-Jalan

Assalamualaikum


Hai kekawan semua. Hari ini aku nk story morry tentang negeri Melaka. Tak da lah nak cerita sangat tentang sejarah negeri Melaka. Aku just nak kongsi dengan korang semua apa yang menarik sepanjang aku pegi jalan-jalan kat sana. Aku p sana pun pakat terjah ja...Tak da apa-apa perancangan pun.


Aku pegi balik hari...tak stay lama kat sana pun. Setakat jalan-jalan 1 hari ja. Jalan-jalan hujung minggu. Hilangkan penat and tension keja. hehehe..... Best juga p terjah-terjah negeri orang ni. Dah lah tak pernah pergi sendiri. Ni 1st time aku p terjah sendiri. Redho je lah kalau sesat.



Antara tempat yang best bila korang p Melaka adalah Jonker Walk....lebih kurang mcm jalan TAR kat KL tu lah. Yang lain nya tempat ni, suasana tempat ni macam China Town. Semua barang-barang antik, barang-barang bundle or t-shirt ada kat sini.




Ni gambar dekat Muzium Kapal. Ala....dekat tepi jalan je...Kalau korang p jalan-jalan tengah-tengah pekan Melaka tu korang akan nampak kapal lama yang besar gila. Dalam kapal tu sebenarnya muzium. Kreatif kan d'orang. Buat muzium dalam kapal.


Sorry, 2 gambar je boleh kongsi sebab yang lain semuanya dah kena makan dengan virus. Kalau ada masa, memang niat nak p lagi sebab ari tu tak sempat nak round semua tempat kat Melaka.