Thursday, 27 June 2013

Jom P Makan

Assalamualaikum

Ramai orang cakap kalau tempat je cantik tapi makanan tak sedap tak best juga kan. Tapi kali ni aku nak tunjuk kat korang semua tempat makan yang best + cantik + sedap = TERBAIK LAH. Memang puas hati lah kalau bawa family makan kat siNI. Nama restaurant ni restaurant Suasana. Area Abdullah Hukum. Tepi jalan je dan agak tersorok sikit...

Restaurant ni bukan orang Siam masak tau tapi orang Melayu kita sendiri yang masak. Owner dia pun semestinya orang Melayu juga and muda lagi sebab time aku datang, owner dia sendiri yang cadangkan jenis-jenis lauk untuk aku. Memang TERBAIK lah servis yang d'orang bagi. Ni antara makanan yang aku makan.


 ni nama restoran tu


cantik kan tempat basuh tangan ni


 antara yang menarik kat sini setiap pesanan ada kaunter masing2. contoh yang aku snap ni kaunter / kedai air....tempat orang bancuh air....menarik kan :)



dari tempat duduk aku boleh tengok Mid Vally...



 luas kan ruang makan restoran ni




 antara menu yang aku order...



kailan ikan masin




saiz ikan ni dari jari hantu sehingga siku aku. memang puas makan.


Makanan kat sini semuanya fresh2 belaka...macam ikan ni pun aku pilih dulu baru d'orang masak. Nanti korang try lah p makan kat sini. memang terbaik and sedap sangat. Harga pun berpatutan.