Tuesday 11 September 2012

Anak Melayu & Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah Universiti Oxford

Assalamualaikum

Subhanallah..... Alhamdulillah...... Tak terkata dan bangga sangat aku sebagai ummat seagama and sekaum dengan hamba Allah ni... Ya Allah..... Tuhan saja yang tau betapa BANGGA NYA AKU!!!! Aku rasa korang pun sama juga. Hamba Allah yang aku katakan ni ialah Dr. Muhammad Afifi al-Akiti. Sebut je nama dia mesti korang dah tau tentang diri hamba Allah ni kan :)





Mai aku nak cita sikit pasal diri hamba Allah ni. Nama beliau, Dr. Muhammad Afifi al-Akiti. Beliau merupakan anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti terkemuka dunia, iaitu Oxford. Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM


Beliau juga dikenali sebagai Sheikh Afifi yang merupakan salah seorang Felo Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom. Dr. Muhammad Afifi ini juga merupakan Felo Pensyarah di Worcester College, Oxford. 


Beliau merupakan bangsa Melayu, beragama Islam and  Rakyat Malaysia pertama yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.


Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan di bawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada Teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali pada (d. 505/1111) . Penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab Zaman Pertengahan (medieval).  Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.


Dr al-Akiti yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulamak Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang Teologi Islam, Falsafah dan Sains.


Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu Pendidikan Islam.
Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.


Banyak kan beliau punya sumbangan...Tak terkira lah....Dah la muda... Penuh ilmu di dada. Aku ada baca dalam blog-blog rakan-rakan yang lain tentang Dr al-Akiti yang menyatakan bahawa beliau juga mampu menguasai & bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman and Yunani. WOW! Betul-betul kagum aku dengan beliau. 


Sumber : email/wikipedia 

No comments:

Post a Comment