Friday, 27 December 2013

Kembali Menyinar

Assalamualaikum :)


Setelah sekian lama menyepi. Baru sekarang daku menyinar kembali. Hehehe...Jangan marah ye.... Nanti kena jual.... (bak kata P.Ramle)


Adat orang melayu kita, kalau nak menyunting bunga di taman, kena lah datang bersama adatnya.


Wah Wah Wah.... Bermadah pujangga aku pula malam ni. 


Nak share dengan korang semua kejadian 25hb Disember 2013 yang lepas, rombongan lelaki datang merisik aku. Hehehe.... jantung ni jangan ditanya lah. Dup Dak Dup Dak ja. Tuhan saja yang tau. 


Mulanya rombongan nak datang merisik biasa ja. Lepas berbincang dengan family aku, d'orang suruh datang merisik + bertunang. Buat 2 dalam 1 sebab family belah lelaki jauh sangat. Almaklumlah, Kedah lawan Pahang. Hihihi.... Majlis berlansung lepas asar. Bermulalah dengan kata-kata muqaddimah dari pihak lelaki. Abis saja perbincangan, sesi sarung cincin dijalankan...hahaha time tu turn jantung aku lagi laju...macam nak terkeluar dari dada lah...hihihi....



Satu gambar dulu ya... Nanti aku update lagi. 


S E L A M A T . M A L A M

A S S A L A M U A L A I K U M


Thursday, 19 September 2013

Story Morry

Assalamualaikum

Lamanya tak jengok blog sendiri....Dah macam mati je blog ni...Cian dia....Balik kampung lepas raya ja terus bz dengan kerja. Lepas raya pergi kursus kat Cameran. Lepas tu ada majlis Hari Raya Taska Maiwp. Bulan 9 pula terus pergi kursus kat Johor and 1 hari ada lawatan ke Singapura. Memang penat and bz yang teramat sangat. Setiap hari kena ulang alik dari taska ke HQ sebab nak settalkan kerja yang makin menimbun. Tu baru uruskan hal taska...Urusan admin tak settal lagi....Memang penat sangat badan ni. Sekarang sibuk pula dengan study. Malam-malam dah start buat asgmnt.... Ya Allah..... :(

Panjang pula aku membebel dalam blog ni kan. Hehehe....saja je nak luahkan perasaan sebab terlalu penat sangat. Sekali sekala cerita tentang diri sendiri best juga...hehehe...Korang nak tau tak, dalam masa yang sibuk teramat sangat ni pun aku boleh pula sibuk nak join contest...Hihihi....ni penangan daripada kak Aisah lah...Disebabkan dia aku dah terjebak dengan contest ni...hahaha.....

Ok lah...tak nak membebel lama-lama dalam ni. Aku ada share picture-picture sepanjang kursus untuk tontonan umum...hahaha.... 

Thank you korang semua sebab sudi layan blog yang tak seberapa ni. 

Sayang korang semua

SALAM

Mula-mula kursus kat Cameran


Hari Guru Maiwp


Sibuk tolong bos buat persiapan kursus kat Johor




 taska + tadika + sekolah rendah ISLAM yg paling canggih pernah aku tengok...memang best...



 cantik kan masjid ni

 welcome tu Hajah Maimunah Restauran...hihihi









 org kata kalau p singapo tak p tempat ni tak sah...

Saturday, 10 August 2013

Ada Apa Dengan Cinta

Assalamualaikum


Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi.... Sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja aku pekat
Seperti berjelaga cinta ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring 
Laba-laba belang ditembok keratan putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai



Tetiba tertarik dengan puisi dalam filem Ada Apa Dengan Cinta

Thursday, 27 June 2013

Jom P Makan

Assalamualaikum

Ramai orang cakap kalau tempat je cantik tapi makanan tak sedap tak best juga kan. Tapi kali ni aku nak tunjuk kat korang semua tempat makan yang best + cantik + sedap = TERBAIK LAH. Memang puas hati lah kalau bawa family makan kat siNI. Nama restaurant ni restaurant Suasana. Area Abdullah Hukum. Tepi jalan je dan agak tersorok sikit...

Restaurant ni bukan orang Siam masak tau tapi orang Melayu kita sendiri yang masak. Owner dia pun semestinya orang Melayu juga and muda lagi sebab time aku datang, owner dia sendiri yang cadangkan jenis-jenis lauk untuk aku. Memang TERBAIK lah servis yang d'orang bagi. Ni antara makanan yang aku makan.


 ni nama restoran tu


cantik kan tempat basuh tangan ni


 antara yang menarik kat sini setiap pesanan ada kaunter masing2. contoh yang aku snap ni kaunter / kedai air....tempat orang bancuh air....menarik kan :)



dari tempat duduk aku boleh tengok Mid Vally...



 luas kan ruang makan restoran ni




 antara menu yang aku order...



kailan ikan masin




saiz ikan ni dari jari hantu sehingga siku aku. memang puas makan.


Makanan kat sini semuanya fresh2 belaka...macam ikan ni pun aku pilih dulu baru d'orang masak. Nanti korang try lah p makan kat sini. memang terbaik and sedap sangat. Harga pun berpatutan.



Saturday, 18 May 2013

Frust Lah

 Assalamualaikum

Kawan, hari ni aku frust betul lah dengan sorang lelaki ni. 
Aku minat gila dengan dia. Dari dulu sampai sekarang aku minat gila dengan dia. Mana tak nya, muka dia macam Johnny Depp. hehehehe....Aku sebenarnya minat gila dengan sorang pelakon lelaki ni. Nama dia Izzue Islam. Aku mula tengok dia berlakon dalam drama Cita & Cinta. Start drama tu lah aku memang minat dia. Tapi hari ni kecewa gila bila tengok tv tadi. Dia cakap dia dah nak kawin....Aduihhhhh.... frust menonggeng cek.... 
Hahaha...lebih-lebih pula aku ni kan. 



sama kan muka d'orang



Yang terbaru aku tengok drama lakonan dia is drama Bunga Merah Punya and drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Memang terbaik dua-dua tapi drama Bunga Merah Punya dah habis coz cuma ada 13 episod je.Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia still ada lagi setiap hari jumaat. Memang terbaik dua-dua drama ni. Aku memang layan lah walaupun aku susah nak tengok tv. hehehe.... Lagu-lagu dalam drama ni pun best. Aku ada attach kat bawah ni. Nanti korang dengar lah ye.



ni drama Bunga Merah Punya



ni pula drama Sebenarnya Saya Isteri Dia



"Angin Malam" layan....hehehe.....




Wednesday, 8 May 2013

Jom Jalan-Jalan

Assalamualaikum


Hai kekawan semua. Hari ini aku nk story morry tentang negeri Melaka. Tak da lah nak cerita sangat tentang sejarah negeri Melaka. Aku just nak kongsi dengan korang semua apa yang menarik sepanjang aku pegi jalan-jalan kat sana. Aku p sana pun pakat terjah ja...Tak da apa-apa perancangan pun.


Aku pegi balik hari...tak stay lama kat sana pun. Setakat jalan-jalan 1 hari ja. Jalan-jalan hujung minggu. Hilangkan penat and tension keja. hehehe..... Best juga p terjah-terjah negeri orang ni. Dah lah tak pernah pergi sendiri. Ni 1st time aku p terjah sendiri. Redho je lah kalau sesat.



Antara tempat yang best bila korang p Melaka adalah Jonker Walk....lebih kurang mcm jalan TAR kat KL tu lah. Yang lain nya tempat ni, suasana tempat ni macam China Town. Semua barang-barang antik, barang-barang bundle or t-shirt ada kat sini.




Ni gambar dekat Muzium Kapal. Ala....dekat tepi jalan je...Kalau korang p jalan-jalan tengah-tengah pekan Melaka tu korang akan nampak kapal lama yang besar gila. Dalam kapal tu sebenarnya muzium. Kreatif kan d'orang. Buat muzium dalam kapal.


Sorry, 2 gambar je boleh kongsi sebab yang lain semuanya dah kena makan dengan virus. Kalau ada masa, memang niat nak p lagi sebab ari tu tak sempat nak round semua tempat kat Melaka.




Wednesday, 27 March 2013

Kahwin-Kahwin

Assalamualaikum

Hari ni tak mau cita banyak-banyak. Just nak share dengan korang antara aktiviti hujung minggu aku pada hari sabtu yang lepas. Hehehe...majlis perkahwinan anak sepupu aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan baik. 



gambar selepas akad nikah




gambar outdoor lepas majlis 




bergambar dengan pengantin




aku pun sibuk juga nk bergambar....hehehe :)


Monday, 18 March 2013

Kursus Bersama Cutecarry.Com

Assalamualaikum

11hb - 13hb Mac 2013 aku terlibat dalam kursus Protokol and Etika. So, pagi Isnin tu p lah hotel macam biasa. Hari pertama topic best juga lah...tapi still mengantok. Biasalah lah kan..nama pun kursus. Lepas makan je conform ngantok. Tut tut tut dah petang. balik umah lah...apa lagi kan. heheheh

Hari ke-2 pun macam biasa juga. Sarapan dulu kat cafe hotel then baru naik atas, masuk dewan. Penceramah tak sampai lagi. After 5 minit, penceramah pun masuk. Terkejut aku!!!! Korang tau tak aku nampak siapa???? 


HAFIZ MUSTAPHA (http://cutecarry.com) 


Memang bergaya lah En.Hafiz ni. Aku suka baca blog dia. banyak info yang aku dapat. Time dia bagi ceramah pun memang best. Tak bosan and tak mengantok pun. Dia pun jenis happy go lucky and tak kedekut ilmu. When he talk about dress, dia akan panggil peserta and time tu dia panggil aku and then dia ada tegur tentang pakaian. 

"Badan awak kecil. Awak kena pakai baju yang bewarna cerah and bunga besar-besar. Baru nampak badan awak besar. Lagi 1 awak memang sesuai kalau pakai PEPLUM. Heheheh senyum je aku bila dia tegur. Tapi aku tak pernah pakai PEPLUM ni. Nanti nak juga try. 

Ni nak promote agensi En. Hafiz sikit. Kalau jabatan or syarikat tempat korang kerja nak buat kursus Protokol, Etika, Fesyen or apa-apa yang berkaitan, boleh lah jemput En. Hafiz ni sebab memang best and knowledge yang korang dapat pun memang terbaik lah... Bagi aku lah, kalau bagi orang lain aku not sure lah because lain orang lain pendapat. Betul tak? hehehe... Cara nak contect dia, korang boleh buka website dia macam kat atas yang aku dah tulis or buka FB "CUTECARRY".


cari lah aku...hehehe :)


gambar aku tak de :(



siap ada kad jemputan lagi untuk majlis olok-olok :)



Apa-apa pun, ni antara kursus yang paling best sepanjang aku berkhidmat di MAIWP.




Friday, 22 February 2013

Order Siap!!!

Assalamualaikum

Korang ingat lagi tak resepi yang pernah aku kongsi dulu. Ala...resepi Sambal Hitam. Ingat kan??? Pada suatu hari aku telah memasak Sambal Hitam. Dah siap masak tu, aku makan lah dengan nasi panas... Puyoooooo memang mengancam and terasa kepedasannya...hehehe (ayat je lebih kan) Tengah makan tu, tetiba terlintas kat kepala aku ni "Rasa macam nak jual je sambal hitam ni...tp ada ke orang nak beli". Aku pun tanya lah pada sorang hamba Allah ni.



Aku : Kak Su, Pija ingat nak try jual sambal hitam ni lah. Ok tak?

Kak Su : OK je...ko try la bawa bagi kami rasa. Kalau ok blh ambil order.

Aku : Orite, isnin ni pija bawa bagi korang rasa ek....tapi Kak Su tolong lah 
        promote2 sikit...hehehe...pija tak pandai.... :)

Kak Su : Orite!!! Ko bawa je...tau lah macam mana Kak Su nak buat...



Aku pun apa lagi...dengan semangat yang waja, terus siap2 keluar pergi beli barang-barang yang nak masak.  Malam tu juga aku masak. Esok pagi panaskan and letak dalam bekas. Sampai je aku terus bagi d'orang rasa. Time tu pula Kak Aisah bawa roti. Apa lagi, cicah roti dengan sambal tu lah...habis 1 bungkus roti tu d'orang makan. Sambal aku pun habis d'org makan. Then time tu lah Kak Su cakap "Korang kalau nak boleh pesan sekarang sebab pija nak buat jual sambal ni" hehehe....lepas tu apa lagi, siaplah buku kira-kira ambil order...dekat 12 tapawe juga lah aku dapat tempahan untuk hari tu. Alhamdulillah....rezeki Tuhan bagi .....Aminnn.... 



Untuk korang kat luar sana...Sesapa teringin nak rasa boleh lah order kat saya...hehehe
Korang add je FB aku then mesaj...Pa pe hal aku akan balas dalam FB... Jangan risau...Tak mahal pun....hehehehe. Hope ada yang sudi dan doakan bisnes Sambal Hitam ni berjaya ye....Sayang Korang Semua :)


Sambal Hitam Siap!!! heheheh


Sunday, 13 January 2013

Outdoor Shoot

Assalamualaikum

Isnin malam aku dapat mesaj dari kawan kolej aku Nisa. Dia minta tolong snap kan gambar untuk letak pada bannner time dia kawin nanti. Aku kata ok ja..hehehe...tapi tak lah pandai sangat. Setakat snap and edit sikit-sikit tu boleh la. Then dia kt OK...tak kisah lah, janji ada...


Aku kata ok dan set kan time and place untuk shoot. So tempat nya udah dipilih dong...di Pullman, Putrajaya. D'orang pun setuju. Aku rasa korang semua pun tau kan Pullman memang tempat yang menarik. Kat sini banyak moment yang boleh diambil. Dekat jambatan boleh, dekat kolam renang boleh, dekat dalam lalang pun boleh...pilih je mana korang suka...Picture dalam lalang sesuai dengan tone yang d'orang nak...heheheh....habis lah korang...gatal-gatal badan lah jawabnya...hehehehe



gambar before edit



after edit


Ok tak korang? Bagi aku ok sebabnya aku ni bukan lah photographer professional pun. Snap suka-suka ja.. Lagi pun niat nak tolong kawan. Bawah ni ada lagi satu picture. Ni gambar pasangan pengantin dengan kakak ipar d'orang. 



macam suasana kampung je kan


Harap d'orang suka dengan hasil kerja aku

Wednesday, 2 January 2013

Doa Lembutkan Hati

Assalamualaikum

Dah lama sangat aku tak update blog ni. Sibuk sangat dengan due date asgmnt. Mana tak nya, dalam masa 1 bulan aku kena siapkan 5 asgmnt. Dah macam full time student yang tak da kerja tetap pula. Dah la aku ni PJJ student je...ada tugasan hakiki sebagai seorang pekerja. 

Alhamdulillah sekarang semuanya dah selesai. Exam pun dah abis. Yahoooooo cuti semester......hehehehehe.....

Hari ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang 1 doa yang telah diajar oleh sorang sister ni (http://airis-arissa.blogspot.com). Doa ni boleh melembutkan hati seseorang dan hari ni aku nak sangat kongsi dengan korang semua tentang doa ni. Mana lah tau kan kot-kot korang ada masalah dengan someone dan susah sangat nk lembutkan hati dia, korang boleh lah gunakan doa ni. 

Selain tu juga doa ni dapat membantu ibu bapa yang berhadapan dengan anak yang degil. Sekurang-kurangnya kita usaha...yang selebihnya Tuhan yang tentukan. Betul tak???



اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ


Allah Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
                                                                                                                                                                                                  (Surah Al-Syura:19)



Surah al-Ikhlas juga dapat melembutkan hati anak-anak yang degil. Contohnya bila anak tengah tidur, baca surah al-Ikhlas ayat 1-2 then berhenti sekejap dan niat 


Ya Allah, lembutkanlah hati anak ku [sebut nama anak ber binti kan nama ibu] sepertimana Kau lembutkan besi Nabi Daud a.s


Kemudian sambung ayat 3 dan ayat 4. 


Aku harap doa yang aku kongsikan ni dapat bantu korang semua.


AMIN...