Wednesday 8 May 2013

Jom Jalan-Jalan

Assalamualaikum


Hai kekawan semua. Hari ini aku nk story morry tentang negeri Melaka. Tak da lah nak cerita sangat tentang sejarah negeri Melaka. Aku just nak kongsi dengan korang semua apa yang menarik sepanjang aku pegi jalan-jalan kat sana. Aku p sana pun pakat terjah ja...Tak da apa-apa perancangan pun.


Aku pegi balik hari...tak stay lama kat sana pun. Setakat jalan-jalan 1 hari ja. Jalan-jalan hujung minggu. Hilangkan penat and tension keja. hehehe..... Best juga p terjah-terjah negeri orang ni. Dah lah tak pernah pergi sendiri. Ni 1st time aku p terjah sendiri. Redho je lah kalau sesat.



Antara tempat yang best bila korang p Melaka adalah Jonker Walk....lebih kurang mcm jalan TAR kat KL tu lah. Yang lain nya tempat ni, suasana tempat ni macam China Town. Semua barang-barang antik, barang-barang bundle or t-shirt ada kat sini.




Ni gambar dekat Muzium Kapal. Ala....dekat tepi jalan je...Kalau korang p jalan-jalan tengah-tengah pekan Melaka tu korang akan nampak kapal lama yang besar gila. Dalam kapal tu sebenarnya muzium. Kreatif kan d'orang. Buat muzium dalam kapal.


Sorry, 2 gambar je boleh kongsi sebab yang lain semuanya dah kena makan dengan virus. Kalau ada masa, memang niat nak p lagi sebab ari tu tak sempat nak round semua tempat kat Melaka.




2 comments:

  1. rindunya melaka..ehehe..rasa tak puas kalau sehari ja singgah sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tau tak pa...yg baru pegi ni pun tak cukup berjalan dalam masa 1 hari :)

      Delete